feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Sunday, January 22
Kini Dia Tiada Lagi

 

 KINI DIA TIADA LAGI


SEBUAH KIsAH TENTANG DAHAGAKAN RINDU DARI SEORANG DATUK YANG BANYAK MEMBERI PENGALAMAN DAN JUGA BANYAK KENANGAN YANG TERSEMAT.


          Kini dia tiada lagi, hanya tinggal kenangan yang tersemat kemas dalam kotak mindaku sahaja. Mungkin orang lain juga tak dapat melupakan dia seperti aku. Aku ingat lagi, masa aku kecil kecil dahulu, dia sering bawa aku kesini kesitu selepas dia sudah menghantar bungkusan-bungkusan nasi lemak yang dibuat oleh nenekku kekedai kedai dengan menaiki motor usangnya itu. Nasi lemak dan nasi dagang, itulah menjadi kegemarannya sejak dahulu lagi. Itu juga merupakan makanan kegemaran aku.

          Oh, tidak terkata aku rindu pada datukku. Datukku itu seorang yang berbakat. Aku masih teringat, apabila dia menyiapkan kerja seniku. Dia sangat pandai melukis. Semasa aku membawa lukisan itu ke sekolah, ramai orang memuji lukisannya itu. Bukan itu sahaja, dia juga sangat cekap dalam menjala ikan. Aku masih terbayang bayang lagi, selepas datukku dan pakcikku pulang dari menjala ikan, dia membawa aku ketengah lautan dengan menaiki perahunya itu. Sekarang, aku tidak tahu lagi dimana perahunya itu. Mungkin pakcikku simpan untuk membuat kenang-kenangan.

Datukku seorang yang peramah dan dikenali ramai. Orang kampung memanggilnya,’Ayah Ku’. Dia juga mengenali separuh dari orang orang kampung disini. Dia juga pernah mengalami pengalaman yang bahaya, iaitu, kakinya pernah dipijak oleh lori. Ibu jari kakinya retak. Dia juga pernah masuk hospital kerana matanya dimasuki simen. Selain itu, jari hantunya pernah terusuk tulang ikan, dan banyak lagi perkara yang agak bahaya yang pernah dilaluinya.

          Datukku merupakan seorang yang juga pandai mencari ‘remis’ sejenis makanan laut yang sedap dimakan jika masak asam pedas. Pernah suatu ketika dia mencari dekat setengah balang. Aku makan dengan puas hatinya. Datukku adalah satu-satunya datuk yang paling aku sayang. Dia amat mahir dalam kerja-kerja pembinaan. Patutlah, seninya itu turun kepada anak-anaknya. Bak kata pepatah, ‘dimana kuahnya kalau tak jatuh ke nasi’. Ya Allah, kenapa Engkau mengambil nyawanya secepat ini? Aku masih belum meminta maaf kepadanya. Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa dosanya.

          Datukku juga tidak pernah leka menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam.Walaupun begitu, dia sering dipinggirkan, selalu dimarah dan ditengking oleh anaknya. Masa muda muda dahulu,  datukku adalah seorang yang berang. Syurlah dia tidak begitu lagi. Ya Allah, begitu kejam anaknya menengking ayahnya itu. SubhanaAllah. Aku juga terkejut apabila mendengar ada orang memarahinya. Tapi, kalau seseorang itu memarahinya, mesti ada sebab. Begitulah jua yang berlaku pada datukku.

          Datukku meninggal masa bulan Ramadhan, iaitu bulan puasa. Semua umat Islam berpuasa pada bulan itu. Termasuk juga datukku. Masa itu, 12 Ogos, bersamaan, 12 Ramadhan, datukku menjadi pelik, sebenarnya aku tidak tahu, itupun ibuku yang menceritakannya kepadaku. Datukku jarang pergi pasar. Pada hari itu, ibuku terserempak dengan datukku. Dan ketika itu, ibuku hendak bercakap dengannya, tetapi, dia macam terburu buru. Ibuku sempat bertanyakan satu soalan sahaja.

‘Abah nak pergi mana cepat cepat nie?, tanya ibuku.

‘Nak beli ikan, sini ikan segar segar’, jawab datukku. Lalu datukku pergi meninggalkan ibuku.

         Keesokkan harinya, selepas datukku dan nenekku bersahur, datukku tidak tidur. Dia menunggu sehingga Subuh dan terus mandi. Selepas itu, dia terus ke belakang kedai untuk membersihkan di belakang kedai nenekku. Dia kelihatan pelik. Biasanya, selepas dia bersahur, dia akan terus tidur dan akan bangun apabila azan dilaungkan.

         Semasa petangnya pula, datukku juga bersemangat menolong nenekku membakar ‘satar’ sejenis makanan kampung yang memang menjadi makanan kegemaran datukku dan aku. Ia diperbuat daripada isi ikan dan beberapa rempah. Aku sempat menolong datukku memanggang ‘satar’ tersebut. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Ya Allah, terima kasih kerana tidak membuat ingatanku lupa akan datukku. Terima kasih Ya Allah ! Kalaulah boleh aku merakamnya, aku akan menayangkan video itu setiap hari untuk mengingatinya. Tetapi, aku tidak boleh merakamnya. Tetapi, aku percaya bahawa, dengan aku sembahyang dan mendoakannya setiap hari, pasti aku akan mengingatinya. InsyaAllah.

          Selepas Isya’ seperti biasa, datukku akan menonton telivisyen bersama nenekku. Biasanya, datukku akan menonton berita, dan perlawanan bola sepak yang berlangsung di kaca telivisyen.  Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Pakcikku pulang dari tempat kerjanya. Selepas pakcikk mandi, dia turut bersama sama menonton bola sepak. Manakala, makcikku hendak pergi ke pasar malam ‘night market’. Datukku memesan kepada makcikku untuk membeli cendol. Sejak beberapa hari yang lepas, dia mengidam untuk memakan cendol. Selepas setengah jam, nenekku meminta diri untuk tidur kerana dia sudah mengantuk.

          Selepas lima minit kemudian, makcikku pulang dengan membawa cendol yang dipesannya itu. Makcikku memberi cendol itu dan terus masuk ke kamarnya. Tanpa disedari, jam telah menunjukkan pukul 1.40 pagi. Datukku ke kedai untuk meminum air. Tiba tiba, datukku bergegas berlari lari anak menuju ke rumah untuk ke tandas kerana sakit perut. Dalam perjalanan datukku ke tandas, datukku tergesa gesa dan berlari anak. Pakcikku yang belum tidur itu pelik dan tertanya kenapakah datukku tergesa gesa. Selepas beberapa minit ditandas, datukku keluar untuk tidur.

          Tiba-tiba, datukku terjatuh. Kepalanya terhantuk dibatu. Datukku macam pitam. Datukku memanggil nenekku, tetapi, sahutannya tidak didengari. Pakcikku yang berasa tertanya tanya itu keluar dari biliknya  dan terus ketandas. ‘Allahhuakbar !!’ kata pakcikku. Pakcikku meletakkan kepala datukku diribanya dan memanggil manggil nenekku dan adik beradiknya yang lain. Setelah nenek dan dua orang makcikku bangun, mereka terkejut dan menanyakan apa yang berlaku.

         Makcikku yang bongsu menelefon adik beradiknya yang lain termasuk ibuku. Tetapi, ibuku tidak menjawab kerana masa itu, ibuku ketandas kerana perutnya sakit. Macam ada kaitan dengan datukku yang juga masuk ketandas.

          Dalam jam 4.00 pagi, aku dan keluargaku bangun seperti biasa untuk bersahur. Ibuku melihat telefonnya dan, dia terkejut melihat banyak ‘miss called’ dari makcik dan pakcikku. Jadi, ibuku menelefon kembali dan menanyakan kenapa mereka menelefon ibuku. selepas mendapat tahu, ibuku rebah jatuh ke bumi kerana terkejut mendengar berita itu. Aku dan keluargaku tiada selera untuk bersahur. Jadi, tanpa melengahkan masa, aku dan keluargaku bersiap siap untuk pergi ke Hospital Kemaman.

          Semua pakcik dan makcikku berada dirumah nenekku. Kecuali ibuku dan adiknya yang tinggal di Kuala Lumpur. Pakcikku menelefon ambulans untuk datang mengambil datukku. Setibanya aku dan keluargaku di Hospital Kemaman, nenekku berkata bahawa, datukku sudah pun dibawa ke Hospita Kuantan, Hospita Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

         Selepas ibuku menyakakan apa yang berlaku, aku dan keluargaku bergegas pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Aku sampai disitu kira kira jam 8.00 pagi. Masa itu, hari sekolah. Ibuku dan ayahku mengambil cuti tanpa gaji manakala aku dan adikku mengambil cuti biasa sahaja. Aku sempat menghantar mesej kepada kawanku, Ainul dan Maisya untuk menyatakan bahawa aku tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada hal kecemasan.

         Setelah sampai disitu, pakcikku berada di ruangan Kritikal dan Separuh Kritikal. Sesampainya disitu, datukku sedang diperiksa dan dirawat. Keadaan datukku, tidak sedarkan diri ataupun koma. Aku terdengar perkataan ‘koma itu daripada pakcikku, tiba-tiba, air mataku menitis dengan sendirinya. Aku merasakan bahawa separuh nyawaku hilang. Aku sangat sedih ketika itu. Pakcikku juga berkata selain datukku koma, dia juga mengalami pendarahan  teruk di bahagian kepalanya. Salur darahnya pecah. Darah yang terkeluar dari salur darah itu merebak keseluruh otak datukku. Selain itu, datukku juga ada mengalami sedikit luka luka kecil akibat jatuh. Aku terkejut mendengar apa yang dicakapkan oleh pakcikku. Air mata ibuku menurun dengan lajunya. Aku berdoa, ‘Ya Allah, janganlah Engkau mengambil nyawanya’. Tapi, kalau itu takdir, terpaksalah aku menyerah.

         Selepas setengah jam ibuku berbual dengan pakcikku, ibuku, keluargaku dan pakcikku beredar sementara menunggu datukku dirawat. Ibuku meminta izin untuk keluar membeli belah di kawasan sekitar hospital itu, Kuantan Parade. Setelah aku dan keluargaku membeli barang termasuk buah-buahan untuk pakcikku berbuka puasa nanti.

         Kami sampai disitu kira kira jam 1.45 petang. Setibanya aku disitu, kelihatan ibu saudaraku dan adik beradik nenekku sudah ada di depan pintu masuk hospital itu. Ibu saudaraku berkata bahawa, datukku masih tidak menyedarkan dirinya. Tetapi, datukku dibenarkan tinggal di wad biasa. Wad yang datukku tinggal ialah, Wad 5 C. Wad itu, terletak di tingkat 5 hospital itu. Aku terkejut kerana datukku masih tidak sedarkan diri. Ibu saudaraku itu telah melawat datukku. Sebenarnya pihak hospital tidak membenarkannya, tetapi, ibu saudaraku bijak memberi alasan. Dan, selepas 15 minit, waktu melawat sudah dibenarkan. Aku dan keluargaku yang lain masuk kedalam lif untuk sampai ke tingkat 5 itu. Ramai orang yang berpusu pusu hendak menaiki lif. Syukurlah kami semua sempat masuk.

          Tiba-tiba, kepalaku sakit. Aku tidak suka menaik lif. Sebab aku memang macam nie nak buat macam mana. Mana ada ubat. Selepas beberapa minit aku didalam lif, aku telah sampai di tingkat 5. Semasa sampai, aku orang pertama yang keluar kerana tidak taan berada didalam lif. Ya Allah, kenapalah aku jadi macam ni?.

Setelah sampai tingkat lima itu, aku mencari, cari wad 5 C. Dan, syukur Alhamdulillah, aku jumpa wad itu. Semasa aku memasuki wad itu, aku melihat ramai pesakit yang masih koma atau tidak sedarkan diri. Semasa aku dalam perjalanan ke katil datukku, aku melihat, banyak alat menafasan yang digunakan. Aku amat terkejut. Ya Allah, banyak betul alat yang digunakan. MasyaAllah.

          Aku melihat kiri dan kanan datukku, ada juga pesakit yang kakinya hancur dan menggeletar. Mengerikan !  Dan ada juga yang koma beberapa minggu dan bulan. Subhanallah. Aku terkejut melihat pesakit pesakit itu. Lalu, aku mengambil telefon ku dan mengambil gambar datukku. Ibuku memegang megang tangan datukku, sambil berkata ‘Ayah, bangunlah, bangunlah’, sambil menangis teresak-esak. Anak mana yang tak sayangkan ayah dan ibu kandungnya?

          Tiba-tiba, ibu saudaraku datang dari belakang  dan mengatakan bahawa, doktor ingin membedahnya dan mencuci bahagian darah yang merebak di otak. Tetapi, kira kira, datukku akan hidup selama 15 hari je. Dala hatiku berbisik, ‘baik takpayah, orang nak hidup 15 tahun lagi’. Selain itu, ibu saudaraku juga berkata, ‘tetapi, tak boleh jugak, kerana datukku tiada response lagi’.  Selepas dua jam aku dan keluargaku di hospital, ayahku meminta izin untuk pulang kerana esok sekolah. Selepas maghrib, nenekku dan pakcikku menjaga datukku, dan pakcikku yang seorang lagi pulang untuk mandi dan tidur kerana, semalaman pakcikku itu tidak tidur. Sementara menjaga datukku, mujurlah ada dua katil kosong. Nenekku dan pakcikku tidur disitu sementara menjaga datukku.

          Keesokkan harinya, aku dan keluargaku tida pergi melawat kesana kerana waktu itu aku sedang menjalani peperiksaan. Aki hanya mendengar khabar dari makcikku sahaja. Aku bertanya kepada makcikku bagaimana keadaan datukku, dia berkata, doctor menebuk lubang di tengkuk datukku supaya dia boleh minujm. Aku terdengar kata katanya dan senyum. Aku ingatkan dia sedarkan diri, rupa rupanya, masih tidak. Oh, so sad. Nenekku pulang sekejap kerna ingin megambil sedikit baju sementara menunggu datukku. Selepas siap semuanya, nenekku, dan semua makcik dan pakcikku bergegas pergi ke Hospital itu. Mereka sampai kira kira jam 4.00 petang.

          Makcikku ingin mencari rumah sewa untuk seketika, dan mereka terjumpa. Mujurlah, syukur, Alhamdulillah. Setelah masuk waktu azan maghrib, mereka semua berbuak puasa bersama sama kecuali pakcikku. Dia naik keatas untu melihat keadaan datukku.
Nenekku dan anak-anaknya yang lain tinggal di rumah sewa yang makcikku sewa semalam. Sewa yang dikenakan ialah sebanyak RM60 satu hari. Jadi, nenekku memutuskan untuk tinggal disitu selama tiga hari. Nenekku sembahyang hajat bersama-sama anak-anaknya serta membacakan surah Yasiin kepada datukku.

         Tiba-tiba, telefon nenekku berdering-dering. Pakcikku membuat panggilan masuk. Nenekku menjawab telefonnya itu, dan terkejut. Pakcikku berkata,’mak, cepat-cepat naik keatas, keadaan ayah macam dah nazak’. Nenekku memberitahu anak-anaknya dan terus naik keatas. Ibuku tiada disitu. Makcikku yang bongsu itu pun menelefon ibuku kira-kira jam 11.30 malam. Ibuku terkejut lalu menangis teresak-esak. Ibuku terkejut dengan panggilan itu. Tanpa berfikir panjang, ayahku terus memanaskan kereta lalu pergi ke hospital itu. Selepas itu, aku dan ibuku masuk kedalam kereta dan ayahku pun berlalu pergi. Ayahku memecut laju, 120 km/j. Mujurlah tiada polis disitu.

          Setibanya ibuku disana tepat jam 12.15 malam, kelihatan nenekku membisikkan sesuatu ditelinga datukku, dia mengatakan supaya ingat akan Allah serta mengajar datukku mengucap. Makcikku berkata,’Ayah, baliklah, cepatlah sihat, kita balik raya sama-sama’, sambil menangis. Oh, luluh hatiku mendengar bisikan yang dibisikkan. ‘Ya Allah, aku belum bersedia untuk kehilangannya, Ya Allah, bantu lah aku’,doa aku didalam hati. Tiba giliran ibuku, dia sebak melihat muka datukku, lalu dia meminta  maaf kepada datukku di telinganya. Aku melihat, titisan air mata jatuh dipipi datukku dan datukku telah dijemput ke rahmatullah. ‘Ya Allah, kau bantulah dia, kau selamatkanlah dia’, doa aku.

          Semua makcikku dan pakcikku menangis dan aku sebak melihat mereka, aku pun turut menangis. Datukku meninggal tepat jam 12.54 malam. Doktor yang bertugas memeriksa datukku itu memasukkan datukku ke dalam bilik mayat. Semua wayar-wayar yang disambung telah dicabut. Doktor itu juga membuat sedikit analisa tentang jenazahnya itu. Selepas itu, doktor pun memasukkan jenazah datukku ke dalam van jenazah yang disediakan.

          Jenazahnya sampai di pintu rumah nenekku jam 5.30 pagi. Makcikku sempat menelefon kaklong untuk mengatakan hal itu. Kak long melihat ke screen telefonnya itu menyala dan berdering. Dia menjawab panggilan masuk yang dibuat oleh makcikku itu. Makcikku berkata,

‘Kaklong, datuk dah tiada’, suaranya serak kerana menangis.


‘Aaaaapa ? Daaatuk, daaah tiaadaaaa?’ kata kaklong. Kaklong terkejut dan menangis.

‘Kak long nak datang rumah nenek tak?’, kata makcikku lagi.



‘Oh, tak payah lah, susah susah je, ni kan waktu pagi. Biar kaklong datang dengan ma dan

abah nanti’ kata kaklong.



‘Oh, oklah kalau macam tu. Kak long banyak-banyakkanlah berdoa untuk datuk erh?’, kata makcikku sebak.



‘InsyaAllah’, kata kaklong lagi.

         Kaklong terus mematikan telefonnya itu dan kembali menangis. Dia mengejutkan adik adikku yang lain untuk bersahur.
Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku dan adik beradikku yang lain turut bangun. Kelihatan ibu dan ayahku bangun awal. Ibuku membaca surah Yasiin dan sedikit doa untuk arwah. Mata ibuku kelihatan merah. Mungkin sebab dia menangis. Lalu aku mandi, dan bersiap siap untuk ke rumah nenekku. Ayahku pergi dulu kerana ada urusan yang perlu dibuat disana.

          Setelah aku sampai, keadaan bertukar muram.  Aku mendengar suara orang mengaji, rupa rupanya ayahku. Aku melihat arwah datukku dibaringkan diatas katil dan ditutup mukanya. Sekitar kawasan itu juga ditutup dengan lasir. Lalu, aku dan kakakku masuk kedalam dan kami duduk sambil membacakan yasiin. Aku dan kakakku sebak ketika kami membacakan yasiin. Tiba-tiba, makcikku datang dan duduk disebelah aku. Lalu, dia mengambil surah yasiin lalu diacanya. Ketika aku membaca, air mataku tiba-tiba jatuh dipipiku. Makcikku melihatku turut sebak. Dia berkata,

‘Kak, takyah nangislah’, kata makcikku.



‘Ohhhh, ok’, kata aku sebak. Tetapi, makin lama aku membaca, makin laju air mataku mengalir.


          Aku pernah mendengar ustazah bercerita, bahawa, kalau malaikat Izrail tarik nyawa kita, macam darah kita terpancut keseluruh dinding. Wow begitu dasyat  kuasa Allah. MasyaAllah. Selepas beberapa kali aku, kakakku dan makcikku serta beberapa orang yang melawat membacakan yasiin kepada arwah, tiba masanya arwah dimandikan. Semua pakcikku turut sama memandikan jenazahnya termasuk ayahku dan tok iman.

          Semasa memandikan jenazah datukku, ayahku meminta diri untuk mengambil bebrapa orang Taman Islam untuk turut sembahyang jenazah. Begitu juga dengan pakcikku, dia menyediakan van untuk membawa jenazah ke Tanah Perkuburan. Selain ayahku dan pakcikku menyediakan keperluan itu, nenekku dan ibuku serta beberapa orang ustazah menyediakan persediaan untuk membaluti jenazah seperti, kain kafan, kapur barus, iar bunga mawar, kapas dan lain-lain lagi. Selepas selesai jenazah datukku dimandikan, dia diangkat dan dibaringkan diatas beberapa kain kafran yang disediakan.

          Setelah jenazah datukku dimandikan dan dikafankan, ayahku datang dengan membawa beberapa orang Taman Islam. Selepas itu, ayahku, pakcikku serta beberapa orang lagi menolong mengangkat jenazah datukku keatas katil yang mengadap kiblat.

          Setelah selesai disembahyangkan, jenazah dimasukkan diddalam keranda. Lalu, mereka mengangkat bersama-sama lalu masuk kedalam van jenazah yang disediakan. Lalu, beberapa orang sepupuku turut pergi ke tanah perkuburan. Alhamdulillah, jenazah datukku selamat disemadikan. Mujurlah tiada apa yang pelik berlaku kepada datukku, seperti yang berlaku keatas sebilangan jenazah yang lain. Aki bersyukur ke hadrat ilahi.

          Kini, hanya tinggal kenangan aku bersama arwah tersemat kemas didalam kotak mindaku. Al-Fatihah kepada, Tengku Johan. Arwah meninggalkan aku sekeluarga pada usia 64 tahun.


~TAMAT~

0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.